Salju Sakinah sebuah
novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan
tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial
yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak
Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di
semester terakhir pengajiannya.
KISAH cinta memang enak dibaca.
Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas
cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya
menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah
cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.
Salju
Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun
tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi,
politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot
ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan
yang berada di semester terakhir pengajiannya.
Meskipun Salju
Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar
tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan
sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur
Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah
serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit
sebahagian masyarakat.
Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar
sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan
bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca
ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai –
sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar